Anwar tiba di Russia untuk lawatan kerja dua hari
Anwar tiba di Russia untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Vladivostok, Russia hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kunjungannya ke negara tersebut pastinya akan membawa manfaat yang terbaik kepada Malaysia.
“Terutamanya dalam memperkukuh kerjasama serta hubungan kedua-dua negara Malaysia dan Persekutuan Russia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada pukul 6.33 pagi waktu Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September.
Beliau akan menyampaikan ucapan pada sidang pleno pada 5 September
Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Russia memegang jawatan Pengerusi BRICS. K Online
Anwar tiba di Russia untuk lawatan kerja dua hari
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zarina Anjoulie berani mati betul
You must be logged in to post a comment.