Pesakit kanser perlukan mesin oksigen, katil
Pesakit kanser perlukan mesin oksigen, katil
MARAN – Ingatkan batuk berdarah yang dialami mampu sembuh selepas makan ubat, namun sangkaannya meleset apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Peneroka felda, Norudin Sarpin, 66, berkata, khabar ngeri itu melemahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan dan kini masa banyak dihabiskan atas katil.
“Setelah batuk tidak berhenti walaupun telah makan pelbagai jenis ubat, saya ke Hospital Jengka Mac tahun lalu sebelum disahkan ada simptom kanser paru-paru.
“Sejak itu kesihatan saya semakin merosot hari demi hari dan kini banyak masa dihabiskan di atas katil dan kerusi malas ditemani isteri Siti Hanidah Marjuki,” katanya di sini semalam.
Norudin berkata, keadaannya yang semakin merosot membuatkan dia di rujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan dirawat selama sebulan selain kini berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur bagi mencuci ketulan darah beku di paru-paru.
Menurutnya, akibat penyakit itu dia sering sesak nafas malah tidak mampu lagi menguruskan diri sebagaimana biasa.
“Wang simpanan banyak sudah habis digunakan untuk belanja rawatan susulan di Hospital Jengka dan Hoshas termasuk untuk menyewa kereta,” ujarnya.
Tambah Norudin, dia sangat memerlukan sebuah mesin oksigen bernilai kira-kira RM5,000, kerusi roda dan katil boleh laras.
“Sebulan saya memerlukan lebih RM3,000 untuk lima tin susu khas, lampin pakai buang dan lain-lain keperluan untuk penyakit ini.
“Kerusi roda yang saya gunakan ini ihsan daripada jiran sehingga saya dapat kerusi roda baharu,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Noridin di talian 019-7221527 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam, 06037020283242 milik isterinya, Siti Hanidah Marjuki. K Online
Pesakit kanser perlukan mesin oksigen, katil
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.