Ladang ayam punca pencemaran air longkang hitam dan berulat diarah tutup

PORT DICKSON: Keadaan air longkang hitam dengan lalat berterbangan, selain ulat sampah turut ditemukan dalam parit.

Itu antara keadaan dikesan di sebuah ladang ternakan ayam berkeluasan 2.02 hektar di Bukit Pelandok di sini yang disyaki menjadi punca pencemaran laut berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata satu pemeriksaan dan siasatan dijalankan di lokasi pagi tadi, susulan aduan awam berhubung pencemaran itu.

“Hasil siasatan menemukan ladang penternakan ayam daging yang sudah beroperasi sejak kira-kira 20 tahun lalu, dengan kapasiti 30,000 ekor.

“Pemeriksaan mendapati air longkang di kawasan reban disalurkan ke parit dalam kawasan kebun sawit, selain terdapat dua kolam takungan yang digunakan untuk aktiviti ternakan itu.

“Laporan polis dibuat Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan Jabatan Alam Sekitar berkaitan isu ini. Kita juga sudah mengambil sampel air parit untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan petang tadi.

Tambah beliau lagi, pihak ladang menggunakan air kolam untuk cucian lantai reban ayam yang dilakukan 70 hari sekali bagi, selain tiada loji rawatan air tersedia di ladang itu.

“Setelah membersihkan najis ayam, lantai dicuci dan air cucian melalui longkang. Air berkenaan kemudiannya mengalir ke parit sebelum ke alur air berdekatan.

“Kita sudah arahkan ladang ditutup sementara dan Jabatan Veterinar Negeri Sembilan mengeluarkan notis supaya membuat pembersihan serta kompaun kepada pemilik ladang di kawasan Chuah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker