Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah

Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah

Ahli Parlimen pembangkang diingatkan tidak menggunakan saluran media perdana untuk berunding dengan kerajaan berhubung peruntukan kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, jika rundingan itu dibuat melalui platform media, tiada keperluan draf itu diberikan kepada wakil pembangkang.



“Kalau awal-awal nak ni (ke media), bincang secara media laa, tak payah ada perundingan lagi.

“Bila ada perundingan, kita muktamad dan bentangkan.

“Kalau saya nak bentang keseluruhan (media), lebih baik saya tak bagi dekat wakil pembangkang,” katanya pada sidang media di Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), di sini, hari ini.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sedang membuat perincian teliti berhubung perkara yang perlu dikemukakan sebelum membalas MoU membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, yang dijangka dibalas sebelum Persidangan Parlimen bulan depan.



Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, kerajaan belum menerima maklum balas daripada pembangkang berhubung MoU berkenaan.

Dalam pada itu, Fadillah menegaskan, kerajaan tidak akan mendedahkan butiran rundingan itu termasuk jumlah peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang kepada pihak media.

“Keseluruhan draf sudah diberi, saya tak akan beri butiran kepada media sebab saya lebih suka untuk berunding.

“Memanglah, terma itu belum dipersetujui, apa kita nak bincang pasal amount (jumlah peruntukan).



Menurut Fadillah, setakat ini kerajaan masih belum menerima maklum balas daripada wakil pembangkang mengenai syarat dan terma rundingan itu.

“Kita serah kepada mereka (pembangkang), saya belum terima lagi respon rasmi daripada mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan PN agar tidak menggunakan platform media jika mahu rundingan itu diteruskan.

“Jika saya serahkan kepada media, ini tawaran kerajaan dan dia (pembangkang) respon secara media, jadi bukanlah perundingan.



“Ya ikut saluran perundingan, nama pun perundingan.

“Kalau dia tak setuju, bagi tahu, apa yang mereka hendak, apa terma-terma, itu nama perundingan,” katanya. MG

Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker