Abang Tesla rayu jangan ganggu mental isteri-isterinya

Abang Tesla rayu jangan ganggu mental isteri-isterinya

Tidak tahan melihat isteri-isterinya menjadi mangsa serangan netizen, pempengaruh Abang Tesla mengakui sanggup berbuat apa sahaja walaupun perlu bersujud jika itu boleh mengelakkan mereka dikecam.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal IItizam Yusry, 29, merayu kepada orang ramai agar tidak melempar kecaman mereka sekali gus mengganggu kesihatan mental insan kesayangan kerana semua kekecohan berpunca daripadanya.



“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Kalau nak serang, melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja.

“Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja, janji korang tak ganggu mental mereka berdua.

“Isteri kedua saya sedang berpantang dan teruskan juga kata-kata positif kepada Kak Maj (isteri pertama),” katanya dalam Insta Story.

Kontroversi membabitkan pasangan berpoligami itu tercetus apabila isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari mendakwa keluarga seseorang menghina dirinya sebagai wanita mandul.



Wanita itu berkata sudah lama berdiam diri membuatkan ada pihak menyalahkannya sehingga mengganggu proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani.

Susulan itu, ramai mengaitkan luahan tersebut dengan madunya, Nursyafiqa Mohd. Hanafi yang mengakibatkannya menjadi sasaran kecaman. K Online

Abang Tesla rayu jangan ganggu mental isteri-isterinya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker