Tak serik menyundal, wanita Vietnam didenda kali kedua oleh mahkamah
Tak serik menyundal, wanita Vietnam didenda kali kedua oleh mahkamah
MUAR: Wanita warga Vietnam yang pernah didenda RM15,000 atas kesalahan terbabit aktiviti persundalan serta tinggal lebih masa di negara ini awal bulan lalu, sekali lagi didakwa kerana perbuatan sama di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hari ini, tertuduh Tan Kim Thoa, 30, didenda RM13,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Suzana Mokhtar.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Pusat Komersial Sialin, Jalan Bakri, pada jam 12.50 tengah malam, 24 Ogos lalu.
Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua pula, dia didapati tinggal lebih masa di negara ini selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 14 Mac 2019 dengan perbuatan itu dilakukannya pada waktu dan tempat sama.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan serbuan di pusat komersial terbabit hasil maklumat dan risikan dijalankan.
Selepas memasuki sebuah bilik, polis menemui seorang wanita yang juga tertuduh bersama seorang pelanggan lelaki.
Dalam serbuan itu, polis menjumpai kondom yang sudah dan belum digunakan serta segulung tisu disyaki digunakan tertuduh dalam aktiviti persundalan.
Tertuduh kemudian ditahan sebelum dibawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut dan semakan mendapati, tertuduh pernah dijatuhkan hukuman denda atas kesalahan sama pada 1 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Mohd Rofaie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 bagi kesalahan mengikut Seksyen 372B manakala Seksyen 15 (1) (c), denda RM10,000.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh dipenjara enam dan lapan bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda dikenakan terhadapnya. BH
Tak serik menyundal, wanita Vietnam didenda kali kedua oleh mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET