Saya tunggu jawapan kamu, Fadillah beritahu Takiyuddin

Saya tunggu jawapan kamu, Fadillah beritahu Takiyuddin

Kerajaan hanya akan ‘mengupas’ isu pertikaian memorandum persefahaman (MoU) peruntukan Ahli Parlimen pembangkang selepas menerima dokumen rasmi daripada mereka, kata Fadillah Yusof.

Saya tunggu dia (Takiyuddin) bagi jawapan secara rasmi dulu, kata timbalan perdana menteri ringkas kepada FMT.



Beliau menjawab dakwaan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, terdapat ‘syarat pelik’ dalam MoU itu termasuk wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta dan menyatakan sokongan kepada kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen.

Terdahulu, FMT melaporkan Takiyuddin berkata pihaknya masih berbincang sama ada akan menerima tujuh syarat dikemukakan kerajaan dalam draf MoU itu atau tidak.

Katanya, selain pengisytiharan harta dan sokongan terhadap kerajaan, MoU itu turut menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

Sebelum ini, Fadillah dilaporkan berkata, kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pembangkang berhubung draf MoU peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.



Pada 20 Ogos lalu, Takiyuddin dilaporkan sudah menerima draf MoU itu dan akan membincangkannya dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pada 9 Julai berkata agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan.

Katanya, ini kerana syarat ditetapkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Draf MoU penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memfokuskan usaha membangun dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.



Kerajaan melantik Fadillah untuk berunding dengan pembangkang sebelum menandatangani MoU seperti dilaksanakan ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini. FMT

Saya tunggu jawapan kamu, Fadillah beritahu Takiyuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker