Saiful Apek sebak, dikecam sertai Senario

Saiful Apek sebak, dikecam sertai Senario

Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 55, menyifatkan menjadi anak seni bukan hanya perlu ada bakat semata-mata, namun bakat itu harus ‘kalis goyang’ terhadap kecaman dan kritikan.

Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata, ia kerana tidak semua orang meminati kita dan boleh menerima bakat dipersembahkan itu dengan baik sebagaimana apa yang kita fikirkan.



“Saya memang tak galakkan anak terbabit dalam karier seni sebab bukan fasal bakat sebenarnya. Ia sebenarnya dalam industri ini, bukan bakat semata-mata tapi bakat kita ‘kalis goyang’ (tak cepat koyak).

“Hari-hari kita kena macam-macam (kecam dan kritik), sebab itulah dan saya pun sudah melaluinya dulu,” katanya mendedahkan pernah didesak meninggalkan kumpulan Senario dan fokus kepada pengacara Melodi bersama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Menurut Apek, pembabitan awalnya bersama kumpulan Senario pada 1996 mendapat kritikan teruk apabila kebanyakan peminat kumpulan pelawak itu meminta dikembalikan semula Hamdan dan Ilya Buang atau Pak Ya bersama Senario.

“Saya dikatakan tidak lawak dan diminta pergi ke Melodi bekerja terus dengan Kak Ogy. Saya pun mulanya tak nak juga masuk Senario ketika itu sebab fikir tak layak untuk bersama mereka.



“Kerdil sangat diri saya masa itu untuk bergabung dengan Senario. Saya sendiri rasa tak boleh, tapi kehendak syarikat dan kita hormatilah,” katanya mengakui menerima banyak surat ‘kebencian’ peminat.

Ditanya jumlah kiriman surat peminat pernah diterimanya, pelakon filem Duyung ini berkata sangat banyak hingga tidak terkira kerana semuanya dimasukkan di dalam guni.

“Seingat saya, ketika itu saya dapat dua guni surat yang isinya surat mengutuk saja. Menitik-nitik air mata saya membaca surat-surat itu, sebab rata-rata peminat Senario tidak boleh terima saya.

“Itulah ‘circle haters’ gelombang pertama yang boleh dikatakan saya pernah hadapi dulu. Banyak yang saya belajar dari situ untuk membantu saya menghadapi golongan netizen di media sosial sekarang,” katanya.



Selain Apek, kumpulan Senario yang sudah bertahan kira-kira 28 tahun dalam industri hiburan tempatan dianggotai Azlee Jaafar, Wahid, Lan Pet Pet, Ilya dan Yassin Yahya. Manakala, seorang lagi Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada Jun lalu. HM

Saiful Apek sebak, dikecam sertai Senario

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker