PN dakwa ada syarat pelik dalam draf MoU kerajaan

PN dakwa ada syarat pelik dalam draf MoU kerajaan

Memorandum persefahaman (Mou) berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang mengandungi ‘syarat pelik’, termasuk wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta dan menyatakan sokongan kepada kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen, kata Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya masih berbincang sama ada akan menerima tujuh syarat dikemukakan kerajaan dalam draf MoU itu atau tidak.



Katanya, selain pengisytiharan harta dan sokongan terhadap kerajaan, MoU itu turut menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

Ada juga elemen PN kena sokong kerajaan…berkuat kuasa sehingga akhir penggal Parlimen ke-15. Apa kena-mengena peruntukan Ahli Parlimen dengan sokongan sampai akhir penggal? katanya pada sidang media selepas persidangan kemuncak empat kerajaan negeri (SG4).

(Tentang pengisytiharan harta), kita juga tak faham kenapa Ahli Parlimen bukan kerajaan kena isytihar harta, sedangkan (sepatutnya) ia hanya perlu melibatkan anggota pentadbiran kerajaan sahaja, seperti perdana menteri dan timbalannya, serta menteri-menteri.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada PN membincangkan MoU membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.



Takiyuddin berkata, pihaknya akan membincangkan lebih lanjut MoU itu dalam masa terdekat atau sebelum sidang Parlimen Oktober untuk dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Surat ini bertarikh 1 Ogos, tetapi saya terima 6 Ogos. Kita belum putuskan, nanti akan buat keputusan dalam bulan ini, katanya.

Sebelum ini, Fadillah dilaporkan berkata, kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pembangkang berhubung draf MoU berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka. FMT

PN dakwa ada syarat pelik dalam draf MoU kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker