Pemimpin PN takut nak isytihar harta

Seorang pemimpin Amanah hari ini menyambut rasa pelik PN terhadap syarat ditetapkan kerajaan pada memorandum persefahaman (MOU) dengan kepelikan yang lebih besar.

Menurut Mahfuz Omar dia tidak faham mengapa Takiyuddin Hassan dan PN berasa pelik apabila Putrajaya menegaskan keperluan ahli parlimen membuat pengisytiharan harta sebagai salah satu keperluan memeterai MOU dengan kerajaan.

Kata naib presiden Amanah itu, amalan tersebut bukanlah sesuatu yang aneh kerana ia sudah dipraktikkan sebelum ini, khususnya selepas PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.



“Saya lebih pelik kenapa Takiyuddin tidak boleh menerima syarat pengisytiharan harta tersebut.

“Ia telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada 2018 dan beliau adalah orang yang sama dilantik oleh PAS dan PN menjadi ketua Panel Penasihat SG4,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mahfuz yang juga pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang menambah ketika Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua, parlimen mengeluarkan pekeliling hasil daripada kewujudan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional.

Untuk membudayakan ketelusan



Melalui dasar itu, kata Mahfuz, semua ahli parlimen – sama ada kerajaan atau pembangkang – perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“Ia diterima baik pada masa itu dan berterusan diamalkan sehingga sekarang.

“Malah ketika mereka (PN) memerintah negara selama 33 bulan dan beliau (Takiyuddin) adalah sebahagian daripada kerajaan, mereka turut mengisytiharkan harta dan menerima pakai sebagai pelan strategi pembenterasan rasuah nasional.

“Kenapa kini ia dipertikaikan pula?” katanya.



Pagi tadi Takiyuddin selaku ketua whip ahli parlimen pembangkang mengesahkan sudah menerima draf MOU daripada kerajaan berhubung pembahagian peruntukan kepada ahli parlimen.

Dikendalikan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, draf berkenaan diterima PN pada 6 Ogos lalu namun belum dapat diteliti kerana parti terbabit berdepan dengan kesibukan PRN Nenggiri.

Menurut Takiyuddin ada tujuh syarat yang dinyatakan pada draf berkenaan. Misalnya larangan berkaitan isu 3R, ucapan kebencian, dan hasutan.

“Apa yang kita tak faham ialah mengapa mereka mahu ahli parlimen yang bukan sebahagian daripada pentadbiran mengisytiharkan harta mereka.



“Kami tidak faham perkara ini, kerana perdana menteri sebelum ini hanya memerlukan pengisytiharan harta daripada anggota pentadbiran seperti menteri, timbalan perdana menteri, dan timbalan menteri,” kata Takiyuddin.

Takiyuddin ditemui pada majlis Sidang Kemuncak SG4 yang turut dihadiri Dr Mahathir Mohamad selaku ketua panel penasihat kepada kumpulan empat negeri ditadbir PN.

Menurut Mahfuz tujuan utama kerajaan mensyaratkan pengisytiharan harta adalah untuk melawan amalan rasuah.

Katanya ia adalah sebahagian daripada strategi yang dirangka untuk membudayakan ketelusan serta melawan amalan yang banyak memudaratkan negara.



“Saya kira Takiyuddin dan seluruh ahli parlimen pembangkang mesti terus menyokong amalan yang baik ini demi negara yang lebih stabil dan mampan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker