Pemandu lori kontena terbabas di laut ditemui mati lemas

Pemandu lori kontena terbabas di laut ditemui mati lemas

Seorang lelaki hilang selepas lori kontena di dermaga Pelabuhan Barat di Klang terjatuh dalam laut hari ini telah ditemui mati lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pada pukul 5 petang, pasukan Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) berjaya mengeluarkan mangsa dan membawa naik ke darat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, bilik operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai insiden nahas itu sekitar 12.42 tengah hari tadi.

Bertindak atas panggilan itu, sepasukan empat pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 16 anggota BBP Pelabuhan Barat serta BBP Shah Alam bersama sebuah bot.

Siasatan di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori di dermaga pelabuhan itu terjatuh ke dalam laut.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa warga tempatan, Mohd Hafiz Abdul Salam, 24 yang berada dalam lori kontena berkenaan turut terjatuh di laut dan operasi pencarian telah dipergiatkan oleh pasukan Bomba. MG

Pemandu lori kontena terbabas di laut ditemui mati lemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker