Manchester United bagai tokak lekat di kening

Manchester United bagai tokak lekat di kening

Peribahasa ‘bagai tokak lekat di kening’ yang dikongsikan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dipercayai ditujukan buat pasukan Manchester United selepas kalah 3-0 kepada Liverpool awal pagi tadi mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian DBP itu, maksud peribahasa tersebut adalah malu yang tidak dapat disembunyikan.

Carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP mendapati maksud perkataan tokak itu adalah penyakit kulit yang kelihatan seperti kudis, blastomycosis (saccharomycosis) hominis.

“Jangan min. Berdarah tengok peribahasa min ni,” seloroh Muhammad Nurshazni.

“Dari gua mereka datang, kepada gua mereka kembali,” perli Khairul Aime.

“Saya terluka dengan DBP. Mulai esok saya akan cakap guna bahasa Siam je,” kata Mohd. Ristaudin.

Terdahulu, Pengurus Liverpool, Arne Slot melengkapkan debut paling manis di Liga Perdana Inggeris selepas membantu pasukannya raih kemenangan 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, awal pagi tadi.

Dua gol daripada pemain sayap dari Colombia, Luis Diaz dan gol ketiga daripada penyerang terbilang dari Mesir, Mohamed Salah membolehkan Slot mengekalkan rekod sempurna tiga kemenangan daripada tiga aksi pertama kendaliannya bersama pasukan Merseyside itu. K Online

Manchester United bagai tokak lekat di kening

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker