KSN buat ‘tinjauan mengejut’, tegur masa menunggu yang lama dikaunter JPJ

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar menegur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkait masa berurusan di kaunter yang disifatkan ‘agak lama’.

Katanya, beliau mahu agensi itu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi, ketika mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ, di Putrajaya.

“Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan dan ketua pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,



 katanya dalam catatan Facebook.

Shamsul Azri berkata, lawatan itu bertujuan meninjau operasi dan perkhidmatan diberikan kepada orang ramai susulan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam, berkuat kuasa pada 19 Ogos di beberapa negeri terpilih.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas dan anggota JPJ yang telah bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan dan turut meminta semua jabatan kerajaan memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’



Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok



Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker