Ke Myanmar untuk majlis pecah tanah, tiada kaitan gengster – Dr. Mashitah
Ke Myanmar untuk majlis pecah tanah, tiada kaitan gengster – Dr. Mashitah
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim memaklumkan kehadirannya dan suami ke Myanmar atas dasar sebagai tetamu jemputan dari seorang kawan bernama Datuk Seri Leong Kee Huat dalam satu majlis pecah tanah.
Menerusi satu video penjelasan di Facebooknya, Mashitah berkata, dalam majlis tersebut hanya Datuk Seri itu yang dikenalinya dan suami, jadi katanya dia tiada kena mengena dengan tetamu lain yang hadir dalam majlis tersebut.
“Macam mana boleh keluar tuduhan itu saya tidak tahu sedangkan saya tidak terlibat langsung dengan kumpulan gengster dan pemerdagangan orang. Kebetulan Datuk Seri (Leong) meminta suami saya membaca kenyataan (teks) majlis tersebut yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
“Datuk Seri tidak boleh berbahasa Inggeris sedangkan majlis tersebut bersifat antarabangsa. Leong menjemput saya dan suami melihat tapak pecah tanah itu atas dasar kawan dan gambar yang dikatakan saya bersama gengster itu adalah gambar saya dengan pengawal di tapak projek tersebut,” katanya.
Jelasnya lagi, Myanmar adalah sebuah negara yang diperintah tentera, jadi katanya senario pengawal keselamatan membawa senjata api adalah perkara biasa di sana.
“Mana-mana sahaja kita akan melihat situasi seperti itu. Sangat tidak logik tuduhan itu (pemerdagangan manusia) kepada saya sedangkan saya tidak mengenali sesiapa di sana kecuali Leong, dengan bergambar sudah menuduh saya buat perkara itu.
“Tuduhan yang dibuat terhadap saya bukan sahaja tidak logik malah sangat biadap, gambar saya dengan Sultan Pahang pun ‘dipusing’ dengan tuduhan jahat. Gambar dengan Datuk Seri Ayob Khan (Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay) juga dimanipulasi sedangkan saya berbincang pasal yayasan,” katanya.
Katanya, dia tidak faham kenapa perkara ini ditularkan dan apakah motif sebenar media dari Indonesia berbuat demikian.
Terdahulu, akhbar melaporkan, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis sudah mengambil keterangan ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket berkenaan. K Online
Ke Myanmar untuk majlis pecah tanah, tiada kaitan gengster – Dr. Mashitah
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok