Hidap enam penyakit kronik, Ayyash Mateen perlukan bantuan

Hidap enam penyakit kronik, Ayyash Mateen perlukan bantuan

Alor Setar: “Saya hanya mampu berdoa supaya anak sihat seperti bayi lain kerana dia dilahirkan dengan menghidap enam penyakit kronik sehingga hospital menjadi rumah kedua buatnya,” kata Mohamad Hafiz Azizan, 33.

Mohamad Hafiz berkata, Mohamad Ayyash Mateen, tujuh bulan disahkan menghidap penyakit buah pinggang bercantum, buah pinggang bengkak, jantung berlubang, paru-paru kronik, darah beku pada otak dan sindrom ‘cri du chat’ (berkaitan genetik).

“Anak saya disahkan menghidap penyakit itu selepas beberapa hari dilahirkan dan sejak itu dia terpaksa ditahan di wad.

“Dia perlu memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) dan kami perlu menyewanya dengan harga RM400 sebulan.

“Dia hanya boleh membuka mesin CPAP itu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu malam selain minum susu menggunakan tiub,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Kuar, Alor Janggus, di sini, hari ini.

Pekerja kedai pemborong itu berkata, dia terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya sekiranya dirawat di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Katanya, dia yang menerima gaji harian RM60 bersyukur kerana majikannya memahami keadaannya ketika ini yang terpaksa menjaga anaknya di hospital.

“Doktor memaklumkan anak saya perlu menjalani pembedahan segera pada bulan ini, tetapi mempunyai risiko tinggi menyebabkan saya dan isteri, Siti Nor Aidah Saidon, 25, bimbang dengan keadaannya.

“Kami mempunyai seorang lagi anak, Mohamad Adam Faiq, 3, dan perlu bergilir menjaga Ayyash Mateen di hospital manakala isteri menjaga anak sulung di rumah.

“Rumah ini juga kami sewa pada harga RM350 sebulan dan kadangkala tidak dapat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan, tetapi bernasib baik tuan rumah memahami,” katanya.

Menurutnya, dia pernah menebalkan muka meminjam wang daripada rakan dan jiran terdekat untuk membeli susu formula khas untuk anaknya kerana harganya mahal.

Katanya, satu susu formula khas tin kecil berharga RM54 dan dalam seminggu anaknya memerlukan tiga tin untuk minum menyebabkan dia tidak mampu membelinya.

“Getah saluran mesin CPAP juga sudah putus dan kami terpaksa mengikat tali untuk sementara waktu kerana hanya bergaji hari sedangkan memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000.

“Selain itu, saya juga terpaksa berulang-alik ke HSB untuk membawa anak menjalani rawatan dan mengambil ubat setiap minggu dengan kos perbelanjaan kira-kira RM200 termasuk minyak, makan minum dan rawatan,” katanya.

Menurutnya, dia menerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM300 sebulan dan wang itu digunakan untuk menyara keluarga selain membeli susu dan lampin pakai buang.

Katanya, Imam Masjid Al Maarufi Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim juga membantu dengan menghulurkan bantuan sebelum ini

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan National (BSN) 0210841100045554 milik Siti Nor Aidah Saidon. HM

Hidap enam penyakit kronik, Ayyash Mateen perlukan bantuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker