Azhan puji Sharifah Sakinah dengan bakat yang jarang dilihat

Drama Wok akan menemui penonton tahun depan.

Azhan puji Sharifah Sakinah dengan bakat yang jarang dilihat

“Apa yang ditonjolkan di media sosial hanya sekadar hiburan saja. Ia tiada kena mengena. Apa saja kejutan yang bakal ditunjukkan hanya akan diketahui ketika tayangannya nanti.”

Demikian kata pelakon Azhan Rani mengenai babak diludah Sharifah Sakinah untuk sebuah penggambaran drama bersiri.



Azhan berkata, dia kagum melihat komitmen dan kehebatan lakonan Sakinah hingga menjadikan wanita itu sebagai salah seorang idolanya dalam lakonan.

“Saya siap beritahu dia, selama ini saya pernah lihat lakonannya tapi tidaklah sampai nak jadi peminatnya,” katanya.

Menurut Azhan, dia juga menepis dakwaan yang mengatakan Sakinah tidak mudah untuk didekati dan memilih bulu.

“Dalam drama ini dia bawa watak wanita lara yang tak boleh bercakap. Namun banyak perkara yang disampaikan melalui ekspresi muka.



“Melihat lakonannya yang bersahaja untuk setiap babak yang dilakonkan, ternyata dia mempunyai bakat yang jarang kita lihat.

“Dia juga tidak hadkan dirinya apabila sanggup kelihatan hodoh.

“Selain itu, dia juga senang bekerja. Sebelum ini ada juga terdengar yang dia bukan senang nak didekati, tapi dengan saya dia sangat bagus,” katanya.

Terdahulu Sakinah memuji lakonan mantap Azhan yang dilihat menjilat semula ludahnya secara spontan bagi menjayakan satu babak selepas dia cuba memberikan kejutan kepada aktor itu.



Difahamkan Azhan dan Sakinah sedang menjalani sebuah penggambaran drama berjudul Wok yang dijangka menemui penonton tahun depan. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’



Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok



Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker