Awie tunai janji, 3 mesin ATM sekaligus untuk penduduk Nenggiri

Awie tunai janji, 3 mesin ATM sekaligus untuk penduduk Nenggiri

Biarpun baru 16 hari memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sudah menyediakan tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berkenaan untuk kemudahan penduduk.

Tiga mesin ATM berkenaan kini ditempatkan di Kampung Jerek, Bertam Baru dan Rantau Manis.



Malah, mesin ATM keempat akan ditempatkan di Jeram Tekoh mulai minggu depan, sekali gus ia meliputi kesemua kawasan DUN Nenggiri.

Mohd Azmawi ketika dihubungi meluahkan rasa syukur apabila usahanya untuk memberi kemudahan kepada penduduk DUN Nenggiri dipermudahkan.

“Jika sebelum ini penduduk berdepan kesukaran untuk mengeluarkan wang, namun kini tidak lagi dan masalah berkenaan dianggap sudah selepas.

“Empat mesin ATM itu diletakkan di kawasan yang strategik dan difikirkan selamat dan penduduk mudah untuk ke lokasi berkenaan,” katanya.



Beliau yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri pada Oktober ini berkata, rutin hariannya kini sudah berubah dan fokusnya adalah kepada rakyat.

“Bangun pagi pun perkara pertama saya akan memeriksa telefon bimbit dan membaca masalah penduduk yang disampaikan kepada saya.

“Antara masalah yang sering diajukan membabitkan masalah kesihatan dan memerlukan bantuan untuk sara hidup yang memerlukan saya menjadi orang tengah antara penduduk dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Insya-Allah dengan amanah yang diberikan ini saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.



Pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos lalu, Mohd Azmawi Fikri menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.

Mohd Azmawi Fikri secara rasmi menang dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi. HM

Awie tunai janji, 3 mesin ATM sekaligus untuk penduduk Nenggiri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker