Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie

Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie

Terbuka menerima teguran gara-gara menjalani pembedahan rekonstruktif hidung, pelakon Zarina Anjoulie mengakui bersetuju melakukan prosedur tersebut di sebuah klinik di Vietnam demi menjana pendapatan.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36, berkata, orang ramai diharap memahami bukan niatnya mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya perkongsian dibuat adalah sebahagian daripada kontrak.



“Minta maaf semua, perkongsian saya bukan sebab nak buka aib atau tak hormat semua, ini kerana saya ditaja sepenuhnya ditambah mereka bayar saya untuk datang dan beri token.

“Minta faham ini punca rezeki saya walaupun tak banyak duit (bayaran) ini juga untuk saya bawa balik bayar yuran anak, yuran mengaji dan beli barang dapur, bukannya untuk saya beli beg atau (kerete) BMW nak tayang.

“Bukan saya post nak riak, ini kerja saya. Saya minta maaf kalau posting saya menyakitkan hati anda, tolong faham saya cuma jalankan tugas,” katanya dalam Instagram.

Sebelumnya ibu tunggal anak satu itu berkongsi video dipercayai ketika berada dalam bilik pembedahan yang menunjukkan keadaan hidung baharunya.



Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat hidungnya masih berbalut manakala bahagian lubang hidung disumbat dengan kapas.

Menurut Zarina atau mesra disapa Anju, pembedahan rekonstruktif tersebut berjalan lancar dan kini perlu berehat untuk beberapa hari.

Katanya lagi, hasil pembedahan tersebut berjaya kerana tiada lagi benjolan di tengah hidungnya sekali gus membuatkan lebih yakin menjalani pengambaran.

“Hidung saya dah tak ada benjol, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi,” ujarnya.



Begitupun, ramai pengikut meninggal komen berupa nasihat selain memaklumkan lebih suka bentuk hidungnya yang dahulu kerana dianggap natural dan cantik.

Tidak kurang juga ada yang menyedari perubahan dilakukan adalah atas dasar memperbetulkan bonggol di tengah tulang hidungnya dahulu.

“Alamak, hidung Anju dahulu lebih elok terletak. Ini dah nampak nak jatuh,” kata seorang peminat.

“Sebenarnya dia bukan buat mancung, tapi buang yang tengah. Kalau tengok mancung sama sahaja, cuma dah tiada lagi benjol,” kata netizen lain.



Video menampakkannya bersama seorang doktor ketika melakukan prosedur tersebut kini tular dalam aplikasi TikTok. K Online

Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.



Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker