Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks

Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks

Peserta pesta seks beramai-ramai atau ‘swinger’ berisiko dijangkiti penyakit bawaan seksual walaupun memakai kondom ketika melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, selain HIV/AIDS mereka juga terdedah kepada penyakit sifilis, ketuat, hepatitis, gonorea dan klamidia.



“Terkini, individu yang terbabit dengan gejala seks bebas juga dipercayai mempunyai kemungkinan dijangkiti virus m-pox.

“Golongan wanita pula berisiko mengandung dan mungkin terpaksa melakukan pengguguran haram,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, konsep swinger adalah budaya bagi mereka yang gemar melakukan seks bebas membabitkan ramai pasangan.

Katanya, ia gaya hidup yang berisiko tinggi untuk dijangkiti pelbagai jenis penyakit namun ramai individu termasuk pelajar dan kakitangan awam terjebak dalam kegiatan itu.



“Hubungan seks ini juga boleh dilakukan secara seksual biasa atau luar tabii malah dengan beberapa pasangan sekali gus,” katanya.

Sharifa Ezat berkata, bahan seperti alkohol, dadah dan bahan psikoaktif turut digunakan bagi merangsang nafsu seks yang lebih tinggi dan bertujuan memberi ‘ketahanan’.

Justeru, selain risiko jangkitan penyakit bawaan seks, golongan pelakunya juga terdedah kepada isu sosial lain yang sukar dirawat.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan 36 individu terdiri daripada penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi kerana disyaki terbabit aktiviti persundalan seks bebas dengan bertukar pasangan atau ‘swinger’ yang dipromosi secara dalam talian.



Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Puchong, Selangor oleh Polis Diraja Malaysia bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus dilaporkan berkata, serbuan dijalankan susulan risikan yang dijalankan sejak Jun lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). HM

Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.



Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker