Jalan Masjid India kembali ‘hidup’ selepas SAR tamat
Jalan Masjid India kembali ‘hidup’ selepas SAR tamat
Jalan Masjid India di sini kembali meriah dengan pengunjung mula memenuhi premis perniagaan yang beroperasi sepenuhnya hari ini selepas insiden tanah jerlus 23 Ogos lalu.
Tinjauan Bernama mendapati deretan kedai berhadapan lokasi kejadian mula dibuka selepas sebahagiannya ditutup sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke lubang sedalam 8m susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata operasi SAR bagi mengesan G Vijaya Lakshmi, 48, dihentikan selepas mengambil kira isu keselamatan serta risiko kepada anggota SAR dan keselamatan kawasan di sekitar lokasi kejadian.
Pekerja kedai barangan perhiasan dikenali Ibrahim berkata, sepanjang tempoh sembilan hari SAR, premis itu kurang dikunjungi pelanggan.
“Pada hari pertama kejadian kedai tutup. Selepas beberapa hari, kedai dibuka semula tapi pengunjung sangat kurang berbanding sebelum kejadian.
Boleh dikatakan 80% pengunjung ‘hilang’. Lepas SAR ini harap orang ramai boleh datang semula, katanya kepada Bernama.
Pengunjung Mohd Azmi Halim, 43, berharap usaha membaik pulih Jalan Masjid India dapat dilakukan segera kerana laluan itu kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Orang ramai selalu datang sini. (Harga) barangan berpatutan. Bila jadi insiden ini, orang takut nak datang. Bila ada usaha jalan dibaik pulih, orang ramai boleh datang untuk beli barang.
Pengawal keselamatan di Wisma Yakin, Juinon Masdin, 48, juga berharap pihak bertanggungjawab sentiasa memantau keadaan di jalan berkenaan susulan insiden itu terutama ketika hujan lebat.
Bagi kami pihak keselamatan di sini akan melakukan pemantauan setiap masa untuk menjaga keselamatan peniaga dan pengunjung wisma ini.
Seorang pengunjung dari Sabah, Elmia Kiramon, 55, berkata walaupun sedikit risau dengan insiden berkenaan, namun dia yakin dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
Saya lihat polis sudah tutup dan kawal kawasan itu (lokasi kejadian). Kita sebagai pengunjung jangan ke sana (kawasan tanah jerlus), katanya yang melancong di sini sejak dua minggu lepas dan dua kali ke Jalan Masjid India untuk membeli-belah.
Pekerja kedai pakaian, Nora Amrizal, 36, juga berharap pihak berkuasa sentiasa melakukan pemeriksaan di kawasan sekitarnya untuk memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung.
Menurutnya, peniaga akan mengalami kerugian jika orang ramai masih menganggap lokasi itu tidak selamat dikunjungi susulan kejadian tanah jerlus. FMT
Jalan Masjid India kembali ‘hidup’ selepas SAR tamat
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim