Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid

Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan beliau menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung akuan berkanun (SD) ketika proses pelantikan perdana menteri pasca PRU15.

Mengulas laporan polis dibuat Pemuda Bersatu, Jumaat lalu, pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tiada masalah disiasat pihak berkuasa dan yakin mempunyai segala bukti berkait kuasa diberi kepadanya.



“Saya harap pihak berwajib polis atau ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) atau AG (peguam negara) sendiri boleh lakukan siasatan.

Ini kerana 10 Ahli Parlimen tandatangan SD itu menandatangani dokumen, kuasa membentuk kerajaan itu diberikan kepada pengerusi BN dan kerusi dimenangi bukan hak peribadi sebaliknya hak BN, katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan myPPP di sini.

Jumaat lalu, Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir membuat laporan polis terhadap Zahid berkait dakwaan beliau mempunyai 30 SD Ahli Parlimen BN untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat sekiranya berlakunya penipuan atau cubaan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong ketika itu dalam melantik perdana menteri selepas PRU15.



Isu membabitkan SD itu kembali dicetuskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pada kempen PRK Nenggiri, bulan lalu dengan mendakwa dirinya mempunyai 115 SD daripada Ahli Parlimen untuk dilantik perdana menteri.

Namun beliau mendakwa tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15 bagi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Pada 24 Ogos lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang kerana mengeluarkan perkataan menghasut itu dengan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Zahid sebelum ini menjelaskan presiden Bersatu itu tidak mempunyai sokongan mencukupi kerana ada 10 daripada 115 Ahli Parlimen melakukan tandatangan bertindih membabitkan BN dan PN. FMT



Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker