Tembak menambak di Jalan Bandar Bukit Beruntung, penjenayah akhirnya maut

Penjenayah yang maut berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang semalam aktif dalam kegiatan jenayah sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata suspek aktif dalam kes samun, samun bersenjata api, curi dan dadah di Kedah.

Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan rangkaian suspek giat dilakukan,

 katanya menurut Sinar Harian.



Menurutnya insiden berbalas tembakan pada 9.33 malam Jumaat itu berlaku kerana suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau berkata pihak polis kemudian membalas beberapa tembakan dan lelaki tempatan 36 tahun dengan 16 rekod jenayah itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Hussein meminta orang awam mempunyai maklumat berkaitan ke balai polis atau hubungi IPD Hulu Selangor bagi membantu siasatan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker