Helikopter bomba terhempas ke sungai, 4 maut

Sekurang-kurang empat maut, manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam kejadian sebuah helikopter bomba terhempas ke Sungai Douro, utara Portugal, semalam, menurut pihak berkuasa.

Juruterbang helikopter terbabit yang mengalami kecederaan termasuk patah kaki bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sebuah bot pelancongan berada berdekatan tempat kejadian ketika itu, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Selain juruterbang itu, helikopter berkenaan membawa sepasukan lima anggota pakar daripada Unit Penyelamat dan Perlindungan Kecemasan (UEPS) ketika ia terhempas di Lamego.



Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan ketika helikopter terbabit sedang dalam perjalanan pulang daripada tugasan memadam kebakaran berhampiran Baiao.

Komander Pihak Berkuasa Maritim Nasional, Rui Silva Lampreia, berkata mayat dua mangsa ditemui di dalam helikopter itu yang terputus dua akibat insiden berkenaan, manakala dua lagi mayat dijumpai kemudian berhampiran ekor pesawat terbabit.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang, disambung semula hari ini selepas ditangguhkan pada malam tadi.

Pihak berkuasa perlindungan awam Portugal pula memaklumkan bahawa kesemua mangsa berumur antara 29 hingga 45 tahun itu adalah anggota UEPS bawah ‘gendarmerie’ nasional.



Jurucakap ‘gendarmerie’, Mafalda Almeida memberitahu AFP, juruterbang awam yang terselamat dalam nahas itu berumur 44 tahun.

Reuters pula melaporkan punca kejadian masih dalam siasatan, manakala Perdana Menteri, Luis Montenegro yang melawat lokasi terbabit mengisytiharkan Portugal berkabung, hari ini. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.



Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker