Hafiz Suip berdamai dengan lelaki yang menumbuknya

Hafiz Suip berdamai dengan lelaki yang menumbuknya

Tidak sampai 24 jam, kes salah faham yang melibatkan penyanyi Hafiz Suip dan seorang lelaki di Kuching, Sarawak diselesaikan secara baik.

Dalam video yang dimuat naik rakannya dikenali sebagai Uthman Daud, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, difahamkan sudah bersemuka dan saling bermaafan antara satu sama lain dengan lelaki terbabit.



“Saya marah uncle (pak cik). Saya mengaku saya juga ada buat salah.

“Saya minta maaf,” kata Hafiz kepada lelaki itu.

Dalam video berkenaan, mereka dilihat bersalaman dan berpelukan.

“Alhamdulillah, berdamai lebih baik dan masing-masing mengaku kekhilafan sesama sendiri,” kata Uthman menerusi perkongsian Facebooknya.



Bagaimanapun, hasil pemerhatian Kosmo! Online Uthman telah memadam video tersebut kerana kes masih dalam siasatan dan juga atas nasihat pihak berkuasa.

Sebelum ini, sebuah video yang memperlihatkan kelibat Hafiz ditumbuk seorang lelaki tular dalam aplikasi X.

Menerusi video tular tersebut, Hafiz menghentak but hadapan sebuah kereta dan natijahnya dia ditumbuk seorang lelaki dipercayai pemilik kereta berkenaan.

Uthman sebelum ini menjelaskan kejadian berpunca daripada provokasi sehingga mendorong Hafiz bertindak kasar terhadap lelaki terbabit. K Online



Hafiz Suip berdamai dengan lelaki yang menumbuknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker