Puteri Sarah Ratu Mahkamah?

Puteri Sarah Ratu Mahkamah?

Puteri Sarah menolak jolokan ‘Ratu Mahkamah’ hanya kerana sering berurusan di mahkamah termasuk kes perceraian dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, sejak tiga tahun lalu.

Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menjelaskan kehadiran ke mahkamah demi mempertahankan hak dan melindungi diri daripada gangguan individu yang didakwa sengaja memancing emosinya.



“Saya tidak mahu (digelar ‘Ratu mahkamah’)… Saya tidak kacau orang, tetapi, orang yang ganggu. Jadi, saya hendak buat macam mana?

“Kalau tidak melampau, tidak mengapa. Tetapi kalau berlebih, terpaksa ambil tindakan,” katanya selesai prosiding kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah yang membintangi drama Sabarlah Duhai Hati menyangkal dakwaan dia ‘mata duitan’ kerana aktif ‘turun naik’ mahkamah dan menyaman ramai individu.

Tambahnya, bukan wang dikejar, sebaliknya, dia ingin memberi pengajaran kepada orang ramai yang mahu menjatuhkan dirinya.



“Orang semua cakap Puteri Sarah ‘mata duitan’. Tidak, kita saman orang bukan hendak duit. Sebaliknya, mahu beri pengajaran agar jangan buat begitu.

“Saya tidak kacau hidup orang, sebaliknya, orang kacau saya. Tipu dengan manfaatkan saya.. Ada juga bercakap buruk mengenai saya.

“Sedangkan semua orang nampak saya sibuk dengan penggambaran, jaga anak dan perniagaan. Jadi, kita kena bagi pengajaran. Biar orang kesal dan minta maaf supaya tidak buat lagi,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menjelaskan dia tidak mungkin kembali rujuk dengan Syamsul biarpun bekas suaminya itu akan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.



“Saya hanya mampu ketawa sahaja… Tidak kot (kemungkinan rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama menjaga anak.

“Kalau boleh, Sarah tidak mahu dikaitkan dengan Syamsul lagi,” katanya.

Mengulas komen netizen yang menyifatkan kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Ira sebagai kifarah, Puteri Sarah enggan mencampur urusan rumah tangga pasangan terbabit.

“Saya tidak mahu komen. Tidak baik dan saya tidak mahu ambil tahu .Saya, keluarga dan ibu bapa mentua pun tahu mengenai perkara itu melalui Instagram (IG) .



“Kami tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu. Sebagai keluarga, kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka,” katanya.

Ditanya apakah bersimpati dengan nasib menimpa rumah tangga Syamsul dan Ira, Puteri Sarah terdiam seketika.

“Saya tidak tahu hendak cakap macam mana. Simpati dan saya doakan yang terbaik buat mereka. Perkara ini memang tidak dijangka,” katanya.

Biarpun berdepan masalah rumah tangga, Puteri Sarah menjelaskan Syamsul tidak cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.



“Syamsul ada jumpa anak-anak… Itu tanggungjawab dia. Apa yang berlaku kepada dia, saya tidak masuk campur,” katanya.

Puteri Sarah mencuri tumpuan apabila memfailkan beberapa saman seperti gangguan orang ketiga dalam rumah tangga terhadap Ira dan dua ahli keluarga wanita itu pada Jun 2022. Bagaimanapun, kes selesai di luar mahkamah pada 5 Julai 2023.

Kemudian, Puteri Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira. Puteri Sarah juga membuat tuntutan RM1 juta terhadap defendan sebagai ganti rugi akibat fitnah dilemparkan. Kes itu sedang dibicarakan.

Hari ini, Puteri Sarah menyelesaikan kes saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan atas tuduhan fitnah di Instagram (IG) pada 24 Ogos, tahun lalu.



Puteri Sarah menerima permohonan maaf secara terbuka dan kes diselesaikan secara baik di luar mahkamah. BH

Puteri Sarah Ratu Mahkamah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker