Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham

Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam lubang jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dihentikan serta-merta.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, keputusan itu dibuat kerana berisiko.



“Ini kerana terdapat halangan keras, ruang sempit dan keadaan arus air di saluran kumbahan, hasil selaman pasukan penyelam awal pagi tadi.

“Ia terlampau berisiko untuk kita cuba meneruskan usaha secara penyelaman dan fizikal untuk mengesan mangsa,” katanya pada sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM, di sini, hari ini.

Terdahulu, dua penyelam JBPM melakukan pencarian mangsa di lokasi tanah jerlus jam 4 pagi tadi.

Pihak berkuasa cuba mencari objek dipercayai tersekat di dalam saluran berkenaan, kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian



Bagaimanapun, selaman selama hampir 30 minit itu gagal membuahkan sebarang hasil.

Menurut Nor Hisham, selepas pihaknya memasuki saluran kumbahan, kira-kira 18 meter dari lokasi kejadian, tiada ruang untuk meneruskan penyelaman.

“Kita tengok tempat mereka masuk itu lebih kurang dalam dua kaki, mula meniarap dan merangkak.

“Kita cukup risau mereka tersekat, ada kesan omboh air, membuatkan mereka tak boleh mengundur.



“Kita terus berkomunikasi dengan penyelam menerusi telekomunikasi bawah air supaya mereka selesa,” katanya.

Beliau berkata, pasukan penyelamnya cuba menendang bongkah dalam saliran kumbahan itu, namun tidak bergerak.

“Kalau pergi juga, mungkin ditolak arus tetapi nak balik dari lubang itu kemungkinan kalah dengan omboh air, jadi sangat bahaya,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut menghantar dua unit kamera bawah air di kawasan SAR dan merakam beberapa imej termasuk cebisan kain yang tidak dapat dikenal pasti.



“Walaupun kita dapat imej kain tetapi buat masa ini kita tak boleh katakan itu milik sesiapa sebab dalam (saluran) itu memang macam-macam (sisa) ada.

“Tidak ada imej badan sebab arus air bergerak begitu kuat,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat di sini petang ini bagi menentukan hala tuju dan kaedah lain SAR. MG

Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker