Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed

Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed

Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda menerima keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap suaminya itu kerana kesalahan merogol.

Menerusi Instagram miliknya, Hana, 38, turut memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir berkenaan sambil menganggap ujian itu sebagai nikmat kecil kehidupan



“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

“Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.

“Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),” tulisnya menerusi satu hantaran di Instastory.

Sementara itu, Hana sempat berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyentuh mengenai reda dengan ketentuan Allah SWT.



“Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami,” dipetik daripada Hadis Riwayat al-Bukhari.

Hari ini, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu. MG



Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker