Kelab Sahabat Najib yakini sokongan pemimpin Umno kepada ‘Bossku’

Kelab Sahabat Najib yakini sokongan pemimpin Umno kepada ‘Bossku’

Kelab penyokong Najib Razak meyakini sokongan pemimpin Umno kepada bekas perdana menteri itu pada perhimpunan agung parti baru-baru ini.

Presiden Kelab Sahabat Najib, Abdul Rahman Bakar, percaya sokongan itu bukan bermotif politik, sebaliknya demi keadilan.



Keadilan yang rakyat tuntut, bukan dari kalangan orang politik sahaja tetapi di kampung-kampung juga, katanya.

Najib terlalu banyak jasa dan budi. Sebab itu rakyat sayang pada dia. Tidak timbul ada motif politik atau tidak.

Rahman berkata orang ramai masih membandingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob, dan Anwar Ibrahim dengan Najib.

Rakyat masih ‘compare’ apa Najib buat dengan lepas Najib, katanya.



Mengulas sokongan ditunjukkan beberapa pemimpin Umno kepada Najib, penganalisis politik berpandangan ia juga boleh bermotifkan politik di sebalik keikhlasan yang ditunjukkan, disebabkan populariti ‘Bossku’ dalam kalangan akar umbi parti dan masyarakat Melayu.

Asrul Hadi Abdullah Sani yang pernah bersama BowerGroupAsia berkata Presiden Zahid Hamidi tiada insentif sebenar untuk mendesak bekas bosnya dibebaskan.

Katanya, walaupun Zahid terus menjadi presiden Umno, ramai akan anggap Najib sebagai sumber kuasa sebenar dalam parti, dengan penyokong merasakan beliau boleh menyatukan parti dan mengembalikan sokongan pengundi Melayu.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, tidak bersetuju dengan pandangan penganalisis itu. Saya tak faham sebenarnya apa dikatakan motif politik. Tidak betul.



Kalau kita lihat dan berada dalam di Dewan Merdeka, kita tengok keikhlasan pemimpin perjuangkan isu Bossku, katanya.

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan sabitan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kemudian memendekkan hukuman penjara itu kepada enam tahun, selain denda juga dikurangkan separuh.

Pada 3 Jul lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan untuk memaksa penzahiran titah adendum dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membolehkannya menjalani penahanan di rumah. FMT



Kelab Sahabat Najib yakini sokongan pemimpin Umno kepada ‘Bossku’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker