Da’i Syed dipenjara 10 tahun, 3 sebatan kerana rogol

Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak di kandang tertuduh.

Da’i Syed dipenjara 10 tahun, 3 sebatan kerana rogol

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.



Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Tertuduh kemudian memeluk isterinya, Hana Ismail, 38, yang turut hadir ke mahkamah meskipun baru melahirkan anak 16 hari lalu.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.



Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. BH



Da’i Syed dipenjara 10 tahun, 3 sebatan kerana rogol

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker