Bas persiaran terbakar semasa dalam perjalanan

Bas persiaran terbakar semasa dalam perjalanan

KUALA LUMPUR – Sebuah bas persiaran terbakar ketika dalam perjalanan mengambil penumpang di Persiaran Mohtar Dahari Seksyen U10, Shah Alam berhampiran Alam Budiman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, semakan mendapati kejadian itu berlaku sekitar jam 3 petang semalam.



“Kejadian berlaku ketika bas dipandu seorang lelaki tempatan sedang dalam perjalanan dari Puncak Perdana menuju ke Meru untuk mengambil penumpang.

“Semasa dalam perjalanan, pemandu telah terbau hangit dan mendapati terdapat kepulan asap dari bahagian belakang bas tersebut.

“Kemudian dia segera mencari tempat selamat untuk berhenti di bahu jalan bagi pemadam api,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah beliau, sepasukan bomba bersama tiga jentera serta anggota polis dari Balai Polis Jelutong Jelutong dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam telah bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.



Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. MG

Bas persiaran terbakar semasa dalam perjalanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker