Umno sedia runding libatkan pendukung PH di Pahang

Umno sedia runding libatkan pendukung PH di Pahang

Hampir 20 bulan bekerjasama, Umno kini sedia berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membabitkan lebih ramai penyokongnya ke dalam struktur akar umbi kerajaan perpaduan di Pahang.

Semua perkara boleh runding, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Mohd Sharkar Shamsudin ringkas, kepada FMT. Sharkar juga speaker DUN Pahang.



Semalam, pengerusi baharu PH Pahang Fuziah Salleh memaklumkan mesyuarat gabungan negeri mencapai kata putus supaya lebih ramai pendukung PH dilibatkan dalam struktur akar umbi kerajaan Pahang.

Menurutnya, ia bagi mengukuhkan kerjasama sebagai persiapan menghadapi PRU16.

PH Pahang katanya turut berpandangan perlu diberikan peranan dan pengiktirafan sewajarnya selari perjanjian persefahaman menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu pasca PRU15.

Sementara itu, Adun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad percaya hal ini dapat diselesaikan dengan baik, memandangkan perbincangan antara kedua-dua pihak ketika mesyuarat kerajaan negeri setiap minggu berjalan lancar.



Parti-parti kerajaan ini sama-sama mentadbir… ada orang PH, semua ada, katanya yang juga exco hal ehwal agama Islam, kemajuan desa, dan hal ehwal Orang Asli.

Kita bincang dalam kerajaan… semua baik dan tiada masalah.

Fuziah yang juga ketua PKR Pahang dilantik sebagai pengerusi PH negeri berkuat kuasa Isnin lalu menggantikan Naib Presiden PKR Amirudin Shari.

Barisan Nasional (BN) dan PH membentuk kerajaan perpaduan dengan 24 kerusi DUN.



Selain jawatan menteri besar disandang Wan Rosdy Wan Ismail, lapan wakil BN turut dilantik exco Pahang manakala dua lagi dari PH. FMT

Umno sedia runding libatkan pendukung PH di Pahang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker