Orang miskin nak duk mana – Anwar
PM tak peduli bantahan bina rumah mampu milik
Orang miskin nak duk mana – Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak akan mempedulikan bantahan golongan elit terhadap pembinaan projek rumah mampu milik di sekitar ibu negara.
Katanya, kediaman untuk golongan berpendapatan rendah perlu dibina memandangkan mereka juga bekerja di Kuala Lumpur.
“Setiap kali buat perumahan rakyat, ada sahaja bantahan (golongan elit) termasuk Taman Desa ini. Ada kawan-kawan saya pesan untuk jaga kebersihan, berikan keselesaan rakan yang berpendapatan tinggi.
“Kemudian golongan miskin nak duduk mana? Saya tidak akan pedulikan bantahan sebegini. Kawasan orang miskin dan berpendapatan sederhana tentunya budaya berbeza.
Jadi mereka (golongan berpendapatan rendah) tinggal di mana kalau tak sediakan rumah kos rendah nak suruh mereka tinggal di Hutan Melintang? katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan pecah tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa.
Sebelum ini dilaporkan penduduk membantah projek perumahan berkepadatan tinggi yang dianggap sebagai ‘pembangunan berlebihan’ di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Anwar berkata rakyat seharusnya bersatu dan mengambil semangat kemerdekaan dengan tidak meminggirkan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, kehebatan sesebuah bandar itu bergantung kepada keupayaan kerajaan dalam menyantuni kepentingan rakyat secara menyeluruh.
Kita perlu tolak ansur dan bertanggungjawab untuk memastikan kawasan perumahan yang lebih luas dan selesa kepada golongan berkenaan, katanya.
Beliau turut memaklumkan syarat pembinaan projek perumahan akan datang perlu meliputi keselesaan hidup, kehijauan kawasan, kemudahan rekreasi dan kemudahan rakyat. FMT
Orang miskin nak duk mana – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
- Presiden Majlis Profesor hadapi tujuh tuduhan pecah amanah
- Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam
- Tempoh perakuan sijil udara MAS dipotong kepada setahun
- Pelancong asing beri amaran berhati-hati melawat Malaysia
- Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf
- Maut terlanggar tayar lori bergolek di lebuh raya
- PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini
- Saya maki kaki troll, bukan masyarakat India – M Mythreyar
- Krisdayanti buat pusingan U
- Dajal dalam politik ketakutan Hadi
- Ebit Lew paksa mangsa ‘belanja’ gambar buah dada
- Anggota polis parah tertimbus ketika cubaan musnahkan bom [VIDEO]
- Arif Aiman buat kejutan, ziarah “Mickey” dikediaman
- ‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib
You must be logged in to post a comment.