Ogy, Siti Elizad berperang besar dalam Mentua

Ogy, Siti Elizad berperang besar dalam Mentua

Konflik antara menantu dan mentua sentiasa menjadi topik hangat dalam masyarakat, sering kali penuh drama dan ketegangan.

Kini, TV3 tampil dengan naskhah pergolakan emosi dan konspirasi dalam keluarga, selain ujian percintaan, kesetiaan dan pengkhianatan dalam drama terbaharu, Mentua.



Disiarkan menerusi slot Lestary, drama Mentua menampilkan pelakon hebat seperti Fauziah Ahmad Daud, Siti Elizad Sharifuddin dan Syarul Ezani yang bersiaran sejak 24 Ogos lalu, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam.

Drama Mentua menandakan detik kemunculan semula Siti Elizad memegang watak utama.

Kepulangan Siti Elizad ke kaca televisyen sememangnya dinantikan peminat yang merindui lakonan hebatnya. Kali ini, Siti Elizad kembali dengan watak sarat emosi, berat dan mencabar.

Lebih menarik, penampilan hebat Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy dengan membawa watak ibu mentua yang jahat. Pastinya drama Mentua penuh ketegangan dalam setiap episod.



Sudah tentu gandingan Kak Ogy dan Siti Elizad menjadikan drama Mentua penuh dengan konflik dan beremosi, selain menjadi naskhah yang mampu mengikat perhatian penonton.

Siti Elizad berkata, dia bersyukur diberi peluang berlakon dalam naskhah hebat seperti Mentua selepas sekian lama tidak berlakon.

“Ini adalah kemunculan pertama dalam drama bersiri.

“Cabaran saya adalah berdepan dengan pelakon hebat seperti Kak Ogy yang juga legenda dihormati. Ia benar-benar menguji kemampuan sebagai pelakon.



“Saya percaya saya perlu mencabar diri dengan bekerjasama dengan bintang lebih berpengalaman untuk menjadi lebih baik.

“Kerana ilmu itu sangat luas, jadi ambillah yang terbaik daripadanya. Saya tidak sabar memperlihatkan keserasian dan ketegangan kami yang pasti memberikan kesan,” katanya.

Mentua mengisahkan Azizah (Kak Ogy), ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu, Emilia (Siti Elizad) berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani).

Azizah anggun, berjaya dan dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, Azizah percaya dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi.



Konflik bermula apabila Amir berkahwin dengan usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia daripada anaknya dan dianggap sebagai pesaing dalam keluarga serta perniagaan.

Emilia mempunyai hampir persamaan karakter Azizah, cuma bezanya Emilia cantik, sopan, bijak dan lebih tulus dalam setiap tindakan.

Azizah mula merancang menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerja dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka.

Selain Kak Ogy, Siti Elizad dan Syarul, drama bersiri 15 episod diterbitkan oleh OrangeTree Production itu turut menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan, Apich Lo, Dayang Areeda, Hanna Aqeela, Raden dan Faradhyia.



Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia? Jangan ketinggalan menyaksikan drama Mentua, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my. BH

Ogy, Siti Elizad berperang besar dalam Mentua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker