Mashitah lapor polis, nafi terbabit sindiket perdagang manusia

Mashitah lapor polis, nafi terbabit sindiket perdagang manusia

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim membuat laporan polis dan memberi keterangan di Bukit Aman semalam berhubung tuduhan mengaitkannya terbabit aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Beliau yang menafikan terbabit aktiviti sedemikian menyifatkan maklumat itu dikutip media picisan Indonesia.



“Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan mahkamah terhadap pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini yang bertujuan menjatuhkan reputasi saya.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin. Alhamdulillah saya kekal utuh berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terlibat mana-mana aktiviti yang bercanggah agama mahupun undang-undang Malaysia, katanya dalam catatan Facebook.

Semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penglibatan seorang ahli politik tempatan dengan kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, dakwaan itu susulan tular satu video sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang diterbitkan di Indonesia mendakwa seorang ahli politik dan suaminya terlibat aktif dalam sindiket pemerdagangan manusia.



Menurutnya, individu itu dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan sejak 2020. FMT

Mashitah lapor polis, nafi terbabit sindiket perdagang manusia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker