Ebit Lew minta buka baju – Pengadu

Ebit Lew minta buka baju – Pengadu

TENOM – Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa perbuatan Ebit Lew meminta melayan nafsu seksualnya telah mengaibkan dia sebagai seorang perempuan.

Malah, Ebit turut memperdaya dan memaksa dia untuk menunjukkan bahagian badan, tetapi dia tidak mengikut semua kehendak Ebit.



Permintaan tersebut dibuat melalui perbualan antara pengadu dan Ebit semasa panggilan telefon selama 44 minit dan wanita itu mengakui berbual dengan Ebit sepanjang tempoh tersebut.

“Masa ini saya ingat dia (Ebit) cakap rindu dan ingin meminta saya melayan kehendak seks dia. Saya ada bercakap dengan dia, kalau rindu beritahu isteri, tapi dia cakap kalau kamu rindu, kamu mahu atau tidak cakap dengan suami kamu.

“Seperti biasa, dia beritahu tentang kemahuan seks dia. Bagi saya, dia mengaibkan saya sebagai seorang perempuan sebab minta saya layan nafsu seks dia. Selain itu, dia beri gambar kemaluan (lelaki),” katanya semasa sesi pemeriksaan balas.

Dalam keterangannya, pengadu memberitahu dia tidak membuka pakaian seperti diminta oleh Ebit sepanjang perbualan tersebut. Bagaimanapun, Ebit turut menceritakan tentang ketidakpuasan hatinya terhadap isteri menyebabkan perbualan tersebut menjadi lama.



Pengadu tidak bersetuju dengan soalan peguam, Datuk Ram Singh yang menyatakan pengadu berbual tentang seks dan tidak cuba menamatkan panggilan telefon berkenaan.

Katanya, dia membuat keputusan untuk mendengar sahaja apabila Ebit bercerita perihal seksual dan tidak rasa bersalah untuk mendengar apa yang diceritakan kerana pada ketika itu, dia rasa ingin tahu.

“Untuk panggilan itu saya setuju sebab saya ingin tahu kenapa Ebit Lew teks yang beratus-ratus WhatsApp lucah. Jadi, saya ingin tahu,” katanya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.



Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram, Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Prem Elmer Ganasan. K Online

Ebit Lew minta buka baju – Pengadu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker