Bakar al-Quran, 2 lelaki bakal didakwa di Sweden

Bakar al-Quran, 2 lelaki bakal didakwa di Sweden

Dua lelaki yang terbabit dalam beberapa siri insiden membakar al-Quran, di Sweden, tahun lalu, sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam, akan didakwa di mahkamah.

Pendakwa raya kanan Sweden, Anna Hankkio, berkata dua lelaki itu, Salwan Momika dan Salwan Najemakan didakwa kerana dituduh membakar al-Quran sebanyak empat kali di luar perkarangan masjid dan di tempat awam.



“Kedua-dua lelaki itu didakwa membuat kenyataan dan memperlakukan al-Quran dengan cara yang bertujuan untuk menghina umat Islam atas kepercayaan mereka.

“Bukti mereka melakukan tindakan itu terdapat pada rakaman video,” katanya melalui kenyataan.

Sebelum ini, Momika iaitu seorang pelarian dari Iraq, membuat kenyataan mahu memprotes institusi Islam dan ingin mengharamkan kitab sucinya.

Menurut agensi migrasi Sweden, pihaknya mahu menghantar pulang Momika kerana maklumat palsu mengenai permohonannya untuk menetap di Sweden.



Namun, arahan itu tidak dilaksanakan berikutan bimbang Momika diseksa di negara asalnya.

Susulan insiden pembakaran al-Quran itu, perkhidmatan keselamatan Sweden meningkatkan tahap amaran keganasan, manakala negara jiran Denmark, yang juga menyaksikan kejadian sama, mengetatkan undang-undangnya untuk mengharamkan tindakan sedemikian.

Sementara itu, peguam mewakili kedua-dua lelaki itu belum memberikan maklum balas. BH

Bakar al-Quran, 2 lelaki bakal didakwa di Sweden



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker