Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium

Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium

Bekas Ahli Parlimen PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahan tindakannya bawa sepucuk pistol terselit di pinggang, ketika mengadakan sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Abdullah Sani yang juga pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), menegaskan penting baginya selaku pemegang dan pemilikan lesen senjata api sejak 2012, memastikan senjata tersebut sentiasa ‘berada dalam jagaan’.



Senjata tersebut tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat. Jadi bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi, katanya di X.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan Abdullah Sani membawa objek menyerupai pistol ketika menghadiri sidang media berkenaan.

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal (2008-2018) dan juga bekas Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal (2018-2022).

Beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU 2022, tewas kepada calon PAS, Dr Halimah Ali dengan 11,872 undi. FMT



Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker