‘Welcome to Afganu’ – PAS Terengganu lapor polis esok

‘Welcome to Afganu’ – PAS Terengganu lapor polis esok

Pemuda PAS Terengganu merancang untuk membuat laporan polis berhubung satu hantaran Facebook yang disifatkan menghina Islam.

Dalam kenyataan di Facebook, mereka akan membuat laporan tersebut di ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu esok.



Menurut gambar yang dilampirkan di hantaran itu, hantaran itu dibuat seorang pengguna yang menggunakan nama ‘Ryan Azzaro’, memaparkan seorang wanita yang mengenakan burqa berwarna hitam sedang melakukan aksi terjun papan anjal.

Ia turut diiringi kata-kata “Welcome to Afganu”.

Hantaran itu dipercayai merujuk kontroversi penyertaan dua penerjun wanita yang mewakili Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak yang baru sahaja berakhir.

“Semakin hari semakin menjadi-jadi golongan yang mempermainkan Islam kerana mereka merasakan mempunyai ‘kabel’ yang besar untuk berselindung di sebalik akaun palsu.



“Diharap polis dapat membuat siasatan yang terperinci bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang sebenar yang menghina Islam ini,” kata Pemuda PAS Terengganu.

Ketika kejohanan Sukma yang lalu, penyertaan dua atlet wanita itu mengundang perhatian di sebalik larangan kerajaan negeri sebelum ini ekoran pemakaian tidak patuh syariah.

Dua atlet itu, Uzlifatil Jannah dan Ilyssa Ixora berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori 10 meter platform seirama wanita. Uzlifatil Jannah juga menang pingat gangsa bagi kategori 1 meter papan anjal.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Hishamuddin Abdul Karim kemudian menjelaskan penyertaan mereka dibuat menerusi Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) dan berada di bawah perbelanjaan sendiri dan di luar pengetahuan pihaknya.



Hishamuddin juga berkata Majlis Sukan Negara Terengganu (MSNT) telah diminta menyediakan laporan lengkap berkenaan perkara itu, manakala PRAT akan dipanggil untuk memberikan penjelasan.

Dua hari lalu, PRAT membuat permohonan maaf dan berkata akan mengambil tanggungjawab penuh berhubung “kesilapan” itu. Mk

‘Welcome to Afganu’ – PAS Terengganu lapor polis esok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker