Tanah mendap dikesan di Jalan Masjid India

Tanah mendap dikesan di Jalan Masjid India

Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50m dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi.

Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang pelancong wanita, Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam 8m dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini. FMT

Tanah mendap dikesan di Jalan Masjid India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker