Tak banyak MCA, MIC boleh bantu BN kembali dominan – Penganalisa
Tak banyak MCA, MIC boleh bantu BN kembali dominan – Penganalisa
Seorang penganalisis berpendapat ‘tidak banyak boleh’ dilakukan MCA dan MIC ketika ini untuk membantu Barisan Nasional (BN) kembali dominan dalam dua atau tiga PRU seperti disasarkan Naib Presidennya Johari Abdul Ghani.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kedudukan dua rakan komponen Umno yang jika digabungkan hanya mempunyai tiga wakil rakyat di Parlimen menyebabkannya dilihat sukar untuk berdiri sendiri.
PRU15 menyaksikan MCA hanya menang dua kerusi menerusi Presidennya Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Naib Presiden Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) manakala Timbalan Presiden MIC M Saravanan mengekalkan kemenangan di Tapah.
“Tidak banyak boleh dilakukan MCA dan MIC.
Sekarang paling penting Umno kena kuatkan dirinya dan menang banyak kerusi…mungkin dari situ akan kelihatan peranan MCA dan MIC, katanya.
Beliau mengulas peranan boleh dimainkan peranan MCA dan MIC untuk membantu BN kembali menjadi dominan dalam dua atau tiga PRU lagi selepas mengalami ‘tempoh menyuramkan’ sejak PRU14 apabila komponen itu hilang pentadbiran Putrajaya kepada Pakatan Harapan (PH).
Prestasi BN terus merosot pada PRU15 apabila hanya menang 30 kerusi dengan 26 daripadanya disumbangkan Umno, selain tiga dimenangi MCA serta MIC serta satu kerusi oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Sabtu lalu, Johari ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2024 berkata parti itu dan BN mungkin memerlukan dua atau tiga pilihan raya untuk kembali dominan.
Beliau berkata perjalanan panjang itu perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kepimpinan dan akar umbi, termasuk meminta maaf kepada orang Melayu jika terdapat kesilapan lampau dilakukan pentadbiran BN.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata parti itu menyedari pihaknya mempunyai tanggungjawab selaku pengasas bersama BN, dalam usaha ‘membina semula’ gabungan itu.
Beliau berkata, MCA sudah mula melakukan transformasi dan juga beberapa pembaharuan.
“Umum dapat melihat semakin ramai muka-muka baharu yang mempunyai latar belakang pelajaran cemerlang, penguasaan kebangsaan yang baik dan keterampilan baik dari MCA.
Pemimpin-pemimpin pelapis ini juga diberi ruang dan kebebasan bersuara dalam isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara, katanya. FMT
Tak banyak MCA, MIC boleh bantu BN kembali dominan – Penganalisa
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.