Remaja keluar beli roti tak pulang sejak 19 Ogos

Remaja keluar beli roti tak pulang sejak 19 Ogos

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ibunya, sejak 19 Ogos.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Akila Mohammad Rafi Kumar beralamat di Hala Bercham Timur 4, Taman Pakatan.



Beliau berkata, remaja itu meminta kebenaran ibunya untuk membeli roti di kedai berhampiran rumahnya, namun dia tidak pulang hingga kini.

Hasil siasatan dengan individu di kedai runcit tersebut, mereka mendakwa tidak nampak mangsa datang ke situ. Tiada sebarang perselisihan faham antara remaja itu dengan keluarganya, katanya ketika dihubungi.

Abang Zainal Abidin, berkata Nur Akila kali terakhir dilihat memakai baju T dan seluar berwarna hitam dan berkulit sawo matang serta mempunyai berat badan 50kg dengan ketinggian 170cm.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai kes Sarjan Mohamad Azlan Mohd Noor di talian 019-5141791 atau boleh hubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya. BH



Remaja keluar beli roti tak pulang sejak 19 Ogos

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker