Penyelam TLDM maut dalam operasi salvaj KD Pendekar

Penyelam TLDM maut dalam operasi salvaj KD Pendekar

Seorang penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut ketika membuat selaman dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Pengelih, Johor, hari ini.

TLDM memaklumkan anggota terbabit dikenali Arman San Hermansa dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA).

Lembaga siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

“TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop.

Kejadian berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air menyebabkan kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal dan merebak dengan cepat serta menjadi tidak terkawal.

TLDM melancarkan usaha menyelamatkan kapal itu yang tenggelam pada hari sama. BH

Penyelam TLDM maut dalam operasi salvaj KD Pendekar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker