Maut direnjat elektrik ketika pegang tiang khemah di tapak karnival

Maut direnjat elektrik ketika pegang tiang khemah di tapak karnival

Seorang warga Pakistan maut terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan belakang sebuah pasar raya di Kuala Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama seorang rakannya berada di tapak karnival itu semasa hujan lebat.



Beliau berkata, rakan mangsa memaklumkan lelaki 32 tahun itu memegang besi khemah sebuah gerai dan terjatuh selepas terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal.

Katanya, polis menerima maklumat pada 8.50 malam dan tiba di tempat kejadian mendapati mangsa terbaring serta meninggal dunia di atas pentas utama.

Ambia berkata mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat.



Punca kematian mangsa disebabkan renjatan elektrik dan tiada tanda-tanda punca kematian disebabkan jenayah, katanya. FMT

Maut direnjat elektrik ketika pegang tiang khemah di tapak karnival

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker