Konsert Telan Kaset 90-an himpun ‘otai’ popular

Konsert Telan Kaset 90-an himpun ‘otai’ popular

Kebangkitan semula lagu era 1990-an dimanfaatkan semula Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menerusi penganjuran Festival Muzik Vit’s – Konsert Telan Kaset 90-an yang bakal diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada 12 dan 13 Oktober.

Ibarat serampang dua mata, acara bakal menghimpunkan penyanyi solo dan kumpulan yang popular pada era 1990-an itu dilihat bukan sahaja mampu menjadi pengubat kerinduan peminat, malah dapat mengumpul dana bagi membantu insan seni yang memerlukan.



Memperincikan perkara itu, Pengerusi KARYAWAN, Datuk Khadijah Ibrahim, berkata pihaknya yakin penyanyi era 1990-an masih diminati dan mampu menarik ramai penonton untuk menyaksikan persembahan.

“Tiada kriteria tertentu dalam pemilihan artis yang bakal membuat persembahan kerana kami tahu lagu nyanyian penyanyi era 1990-an masih lagi diminati dan mempunyai ramai pengikut.

“Meskipun ada antara penyanyi diundang sudah lama tidak membuat persembahan secara terbuka, tetapi jangan terkejut jika mereka masih mempunyai peminat dan sanggup menyimpan duit untuk menonton artis kesayangan beraksi.

“Dulu saya pernah terfikir ada ke budak usia 10 tahun nak tengok saya menyanyi? Tapi, rupa-rupanya mereka tahu saya adalah penyanyi lagu Ku Pendam Sebuah Duka.



“Untuk konsert ini kami menyasarkan 10,000 penonton akan hadir, ini berdasarkan lokasi konsert strategik dan terdapat acara festival makanan kerana kami bekerjasama dengan satu jenama mi segera terkenal,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Festival Muzik Vit’s – Konsert Telan Kaset 90-an di ibu negara, baru-baru ini.

Tambah Khadijah, mereka juga merangka pelbagai strategi menarik bagi memastikan objektif tercapai.

“KARYAWAN akan mengundang pelancong dari luar negara untuk memeriahkan lagi festival. Mereka boleh mencuba juadah mi yang dijual.

“Kami akan memberi harga diskaun buat warga emas hadir ke konsert. Selain itu, satu pertandingan karaoke juga akan dianjurkan untuk disertai pelajar universiti sekitar Petaling Jaya kerana mahu mendedahkan mereka dengan lagu lama,” ujarnya.



Tidak terhenti di situ, Khadijah memaklumkan, konsert itu akan dibawa ke Sabah.

“Walaupun objektif sama, namun konsepnya sedikit berlainan. Konsert kali ini akan dijayakan sahabat saya, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Jamal Abdillah.

“Cuma persembahan pembukaan sahaja akan menampilkan artis dari Sabah,” katanya lagi.

Antara barisan artis terpilih menjayakan konsert termasuklah Zamani Slam, Rahmad Mega, Amir Ukays’s, Aris Ariwatan, Kool, Ady Wow, Hasnol, Dinamik, Kasawari, Roy, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Shades, A To Z, Tom, Fuad, DJ Fasha Anderson, Don’t Panic Buskers dan ramai lagi.



Festival Muzik Vits ini bermula antara jam 8 pagi sehingga 11.30 malam dengan menyajikan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop dan irama Malaysia.

Pengunjung juga berpeluang mengunjungi lebih 80 reruai dengan pelbagai jenis makanan berasaskan mi, di samping dapat beriadah melalui permainan berkonsepkan karnival yang sesuai untuk dijadikan aktiviti seisi keluarga. BH

Konsert Telan Kaset 90-an himpun ‘otai’ popular

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker