Jalan Masjid India sunyi, Peniaga terjejas kerana tanah jerlus

KUALA LUMPUR: Peniaga tempatan di Jalan Masjid India di sini, mengakui pendapatan mereka terjejas susulan insiden tanah jerlus yang menyebabkan seorang wanita warga India terjatuh, Jumaat lalu.

Pengurus kedai barangan kemas, Haja Rizan Grop, 47, berkata kejadian itu menyebabkan semua jalan di kawasan terbabit ditutup sehingga menyukarkan pelanggan untuk masuk ke premis perniagaan.

“Sebenarnya, sejak kejadian tanah jerlus ini berlaku, perniagaan kami sangat terjejas. Pelanggan tidak dapat masuk kerana semua jalan ditutup. Keadaan ini berlaku hampir seminggu.



“Pelanggan kami biasanya berkunjung pada Sabtu dan Ahad. Sejak kejadian ini, kedai kami terpaksa ditutup. Kami tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini ataupun kepada jabatan mana yang perlu kami mengadu,” katanya.

Beliau berkata, semua pekerja tetap bekerja seperti biasa setiap hari walaupun tanpa sebarang pelanggan

“Pelanggan utama kami terdiri pelanggan tetap, jadi apabila mereka tidak dapat datang, perniagaan kami juga terjejas, sekali gus menyebabkan kami tidak dapat menjana pendapatan.

“Saya berharap kerajaan dapat membantu perniagaan kami yang terkesan susulan daripada insiden ini. Jika keadaan ini berterusan selama sebulan lagi, ia akan memberi kesan besar kepada perniagaan kami,” katanya.



Peniaga beg, Nurul Azra Khodzid, 45, berkata walaupun berasa takut, dia terpaksa juga berniaga kerana ia adalah satu-satu pendapatannya.

“Rasa takut itu memang ada sebab kita tidak tahu bila kejadian macam ini akan berlaku lagi. Perniagaan saya sangat terjejas, hari ini tidak boleh buka, Sabtu lalu pun tidak boleh buka. Kami hanya dapat buka semalam dan hari ini terpaksa tutup semula,” katanya.

Beliau berkata, kejadian tanah jerlus itu bukanlah yang pertama berlaku di lokasi berkenaan.

“Kejadian seperti ini pernah berlaku, tetapi selepas sebulan dibaik pulih kami buka kedai semula. Cuma kali ini lebih terjejas kerana membabitkan nyawa dan pelanggan tidak boleh ke sini.



“Kami memang 100 peratus bergantung kepada perniagaan ini. Dengan keadaan sekarang, pendapatan kami sangat terjejas,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, bersambung semula pagi tadi selepas ditangguhkan jam 7.30 petang semalam susulan hujan lebat.

Tinjauan BH di lokasi mendapati, pasukan SAR terdiri anggota polis, bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam sudah berada di lokasi kejadian.

Berita Berkaitan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker