Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose

Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose

Persiden Majlis Profesor Negara (MPN) Raduan Che Rose membidas ‘tuduhan tidak masuk akal’ terhadapnya, dan menegaskan tidak bersalah.

Raduan memberitahu FMT bahawa beliau akan kemuka suatu representasi kepada Jabatan Peguam Negara dalam kadar segara, untuk menggugurkan ‘pertuduhan mengarut’ itu.



“Saya… dituduh meluluskan pembayaran pendahuluan kepada CEO syarikat, dituduh meluluskan pembayaran gaji melalui lima cek kepada CEO syarikat.

“Tiada satu sen pun untuk faedah saya sendiri.

Saya beri kelulusan kerana ada perjanjian pembiayaan, kertas kerja dan di bawah had, yang semuanya teratur, katanya.

Raduan belum respons kepada pertanyaan sama ada beliau akan melepaskan jawatan pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara.



Beliau dilantik ke jawatan itu pada Februari tahun lepas.

Terdahulu, Raduan mohon dibicarakan atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM271,000.

Turut didakwa Kefli Mahpol, ketua pegawai eksekutif MPN Global Reach Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan MPN, atas tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan.

Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Anita Harun di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi.



Menurut dua pertuduhan, Raduan didakwa sebagai presiden MPN melakukan pecah amanah dengan memasukkan RM71,000 dana majlis itu ke akaun bank Kefli.

Bagi lima pertuduhan lain, Raduan didakwa sebagai pengarah MPN Global Reach melakukan kesalahan sama membabitkan wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach berjumlah RM200,000 melalui lima cek kepada Kefli.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat MPN di Country Heights Kajang antara 14 Mac 2023 hingga 15 April lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.



Kefli pula didakwa atas tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan pada tarikh dan lokasi sama, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 bersama seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan 23 Okt ini. FMT

Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker