Hindu Sanggam dan Hindu Dharma Maandram turun bantu ‘jampi’ supaya mangsa cepat ditemui

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Malaysia Hindu Sangam hari ini melakukan ritual keagamaan dipercayai sebagai alternatif kepada ikhtiar mencari dan menyelamat wanita warga India yang hilang selepas terbabit dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Mereka dilihat hadir ke lokasi kira-kira 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit.

Ahlinya, Vanija Dewarajoo, ketika ditemui berkata, mereka terpanggil untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.



Katanya, ritual itu dilakukan bagi mendoakan keselamatan mangsa, Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter itu.

“Semoga beliau ditemui selepas semua anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) bertungkus- lumus mencarinya untuk memastikan dia selamat.

“Bunga kuning yang dibawa adalah simbolik satu sedekah kepada mangsa. Kepercayaan kita dalam agama Hindu, kita akan lepaskan bunga ini ke sungai ataupun apa-apa yang berkaitan dengan air sebagai satu sedekah. Semoga beliau ditemui,” katanya.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan mangsa, Vanija berkata, dia bersama beberapa individu lain daripada NGO itu sering menjalankan upacara sebegitu apabila berlaku bencana seperti semasa wabak COVID-19 beberapa tahun lalu.



Terdahulu, mereka turut mengagihkan pek makanan kepada pengamal media dan bertanya khabar kepada orang ramai.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi SAR memasuki hari keenam hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker