Hasrat Nik Nazmi dan Fahmi Fadzil terbantut, Kabinat larang bertanding dalam persatuan sukan
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini memutuskan bahawa anggota pentadbiran iaitu menteri dan timbalan menteri tidak boleh bertanding jawatan dalam persatuan sukan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sehubungan dengan itu, beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
“Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional,” katanya menerusi hantaran dalam platform X hari ini.
Pada masa sama, katanya beliau akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers yang merupakan antara kelab gabungan KLFA yang diasaskan olehnya sejak 2018.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa itu menamakan beberapa muka untuk menjawat posisi Ahli Jawatankuasa KLFA bagi mengemudi badan induk berkenaan menjelang pemilihan Exco baharu dalam Mesyuarat Agong Tahunan persatuan itu nanti.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Presiden KLFA pada 7 September ini. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
- Presiden Majlis Profesor hadapi tujuh tuduhan pecah amanah
- Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam
- Tempoh perakuan sijil udara MAS dipotong kepada setahun
- Pelancong asing beri amaran berhati-hati melawat Malaysia
- Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf
- Maut terlanggar tayar lori bergolek di lebuh raya
- PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini
- Saya maki kaki troll, bukan masyarakat India – M Mythreyar
- Krisdayanti buat pusingan U
- Dajal dalam politik ketakutan Hadi
- Ebit Lew paksa mangsa ‘belanja’ gambar buah dada
- Anggota polis parah tertimbus ketika cubaan musnahkan bom [VIDEO]
- Arif Aiman buat kejutan, ziarah “Mickey” dikediaman
- ‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET