Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
Tuntutan harta arwah Jins Shamsuddin
Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
Anak Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat meluahkan rasa lega selepas kes harta arwah bapanya akhirnya selesai selepas lima tahun pertelingkahan membabitkannya dan dua abang, Jeffrey Jins dan Hang Tuah.
Putera Hang Jebat, 37, berkata, dia sentiasa berpegang dengan pesanan arwah bapa yang meminta agar hanya bersuara apabila keputusan sudah muktamad.
“Alhamdulillah, saya memang rasa lega. Selama lima tahun kami sekeluarga menerima pelbagai persepsi daripada masyarakat. Sekarang, saya rasa lebih tenang sebab kebenaran sebenarnya terbukti di pihak saya.
“Saya ikut pesanan arwah agar tidak terlalu dihebohkan pada umum. Apa-apapun orang kata kepada keluarga, kami simpan hinggalah terbukti di mahkamah, barulah dikongsi.
“Pesan arwah, biar keputusan betul-betul muktamad barulah buat apa yang sepatutnya,” katanya kepada Harian Metro.
Dihentam pelbagai tohmahan, antaranya menipu dan memalsukan tanda tangan, Putera Hang Jebat berkata, ia menjejaskan namanya dan keluarga.
“Bagi saya, nama saya terjejas sebab dapat lihat berlegar berita yang mengatakan saya menipu dan memalsukan tanda tangan.
“Pada 2012, memang niat arwah memberikan tanah kepada saya dan saya ada dokumennya. Tanah ini adalah tanah rizab Melayu dan pada ketika itu, perlu ditandatangani di depan pembantu pegawai daerah.
“Jadi, adalah mustahil nak katakan arwah menandatangani dokumen ketika sedang sakit kerana ada pegawai sebagai saksi.
“Tohmahan ini sangat menjejaskan terutamanya ibu saya. Dia dihina dan dicaci. Saya susah nak terima kerana itu adalah ibu saya,” katanya.
Putera Hang Jebat menjual tanah untuk menguruskan perbelanjaan perubatan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada arwah bapanya, Allahyarham Jins Shamsuddin
Putera Hang Jebat menjual tanah untuk menguruskan perbelanjaan perubatan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada arwah bapanya, Allahyarham Jins Shamsuddin
Ditanya mengenai keadaan ibunya, Puan Sri Halijah Abdullah, 65, saat berdepan tohmahan masyarakat, Putera Hang Jebat berkata, ibunya sangat runsing.
“Ibu runsing apabila berdepan dengan cacian dan makian. Tapi, mujurlah tak menjejaskan kesihatannya. Dia kena lalui lima tahun ketika proses ini. Ada yang bertanya, ada yang bercakap, tapi semuanya kami tidak hiraukan,” katanya.
Putera Hang Jebat menegaskan, dia menjual tanah untuk menguruskan perbelanjaan perubatan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada arwah ayahnya.
“Saya nak beritahu selepas saya jual tanah, semuanya adalah untuk perbelanjaan perubatan arwah dan juga untuk membawanya jalan-jalan. Kami nak arwah rasa selesa selepas sudah bersara ketika itu.
“Saya buat Surat Kuasa Wakil ini untuk satu estet tanah sahaja. Ayah ada banyak lagi harta lain yang masih boleh difaraidkan. Kalau tamak, saya akan buat Surat Kuasa Wakil untuk semua harta arwah.
“Tapi, ketika masih hidup, arwah sudah sebut pindah milik tanah. Tak ada kena mengena dengan saya nak bolot harta. Kebanyakan orang cakap saya nak bolot harta, sedangkan satu tanah ini sahaja yang ayah serahkan. Selebihnya, masih ada dan difaraidkan mengikut undang-undang,” katanya.
Ditanya sama ada sudah memaafkan abang atas apa yang berlaku, Putera Hang Jebat berkata, ia mungkin akan mengambil masa.
“Sebagai umat Islam, saya ada rasa marah, tetapi untuk memaafkan belum lagi setakat ini. Mungkin akan tiba masanya, tapi sekarang masih baru berlaku. Tapi, Insya-Allah, saya berlapang dada,” kata Putera Hang Jebat pada sidang media Penjelasan Kes Harta Allahyarham Jins Shamsuddin, hari ini.
Terdahulu, Putera Hang Jebat berdepan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak yang dibuat oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.
Namun, pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Jeffry dan Tuah dan kedua-dua mereka perlu membayar kos sebanyak RM10,000 kepada ketiga-tiga defendan termasuk Putera Hang Jebat. Turut hadir, peguam mewakili Jebat, Amirfarid Nawawi. BH
Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.