2 penerjun Terengganu teruskan latihan di sekolah sukan negara

2 penerjun Terengganu teruskan latihan di sekolah sukan negara

Dua atlet terjun wanita Terengganu yang menang pingat di Sukma Sarawak akan meneruskan latihan harian di Sekolah Sukan Malaysia seliaan kerajaan persekutuan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata pengarah teknikal kebangsaan sukan terjun Bryan Nickson mengenalpasti penerjun berkenaan untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis negara pada tahun depan sekiranya terus menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang.

Saya percaya bakat mereka akan terus dapat dikembangkan sebelum terpilih memasuki program di peringkat kebangsaan pada masa akan datang, katanya dalam kenyataan.

Pada Sukma Sarawak, dua atlet wanita acara terjun – Uzlifatil Jannah Ashraf dan Ilyssa Ixora Imran dihantar ‘tanpa pengetahuan’ oleh Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT).

Terengganu sebelum ini melarang penyertaan wanita Muslim dalam acara itu kerana melanggar kod etika berpakaian.

Uzlifatil dan Ilyssa berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori 10m platform seirama wanita, selain Uzlifatil juga menang gangsa bagi kategori 1m papan anjal.

Kelmarin, PRAT memohon maaf atas kesilapan menghantar penerjun wanita Muslim tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak senang masyarakat.

Presiden Toh Chin Yaw, berkata salah faham berlaku berkait kod etika berpakaian yang dianggap ‘perkara biasa’ memandangkan pemakaian bagi acara terjun diseragamkan di peringkat antarabangsa dalam mana-mana kejohanan.

Mengulas lanjut, Hannah menjelaskan setiap peserta yang mewakili negeri di Sukma perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Negeri tertentu.

Beliau berkata KBS bimbang dengan larangan penyertaan atlet wanita dalam bidang tertentu akan merencatkan potensi atlet muda, dan merencatkan pembangunan sukan negara.

KBS berharap dua atlet berkenaan tidak didiskriminasikan pemberian insentif kemenangan memandangkan mereka juga menyumbang pingat kepada Terengganu, katanya. FMT

2 penerjun Terengganu teruskan latihan di sekolah sukan negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker